Aqil demam lagi

Aqil demam lagi. sebenarnya sejak malam sabtu hr tu dia dh mula demam2...mungkin sbb panas semasa Senamrobik ari tu. So kami just bg dia mkn ubat yg br saja ambil hr tu(minggul lps) tanpa antibiotik. Demam dia asyik on off on off..kadang ok kadang tak. Mlm td badan dia panas sgt...so kami tk boleh tido sbb nk kena make sure dia ok..slps diberi ubat suhu dia turun la skit. Pagi ni aku kena la amik cuti nk bw Aqil ke klinik Kesihatan Setapak.


Pegi klinik naik motor aje sbb susah nk cr parking kat situ..maklum la tmpt free maka ramai la pengunjungnya. Sampai kt klinik, daftar, timbang(14kg je) dan dpt no. giliran 1160. Tunggu lebih kurang 10 minit no. Aqil di panggil. Bagusnya kat sini bila kita bw budak dia akan cptkan giliran tu..tk mcm kt KK Gombak jenuh menunggu. So bila masuk kt Bilik 2 tu jumpa Dr, dr suh p amik darah la pulak (takut denggi la kot). Alamak..ni yg berat ni..aku paling takut nk amik darah ni..bini aku tk ikut plak tu. Pegi bilik 8(tpt amik darah)..duduk kt dpn tu rasa mcm nk lari balik..aqil dh tanya mcm2 dh.."nk buat apa ni pa".."aqil tak nak"..aku cuba tenangkan dia..takde pe amik darah sikit je (tp dlm hati..huiii). Tiba2 nusrse panggil..masuk Aqil duk atas kerusi, aku plak duk blakang dia..nurse bw brg2 dia..ikat tali kt lengan kanan Aqil..bagus diaorang ni siap pujuk Aqil..jarum pertama masuk kt tgn Aqil..tk nangis..aku yg sembunyi kt blakang dia..tkt nk tgk..tunggu punya tunggu darah yg kuar skit sgt..kena amik tpt lain plak..alamak..kali ni kt lengan kiri plak..cucuk je skit Aqil dh meraung..sakit betul..sian dia..sorang nurse tu pon ckp bdk2 akan rasa sakit kalo amik darah kt situ tp kawan dia nk juga buat kt situ..Aqil nangis kuat betul..aku dh tk tahan rasa nk bw lari je anak aku ni..tk dpt darah gak kt situ..alih ke belakang tapak tangan kiri pulak..auh sian ankku..cucuk lg..meraung lg..tk kuar darah..cucuk plak kt sebelah..ada kuar darah..lega..
Siap kt situ, kena bw sample darah ke Bilik 7 plak untuk diuji...tunggu kt situ 5 minit..dpt keputusan bw balik ke Bilik 2 td.

keputusan ujian darah Aqil..ok je nampaknya


Tangan kiri..tpt ke 3 yg dicucuk..



"Tangan Aqil sakit pa" sian anak papa.

Tunggu giliran untuk jumpa dr kali ke 2..lps amik darah..dr cakap darah dia ada jangkitan kuman sikit..mungkin sbb tonsil dia yg bengkak sangat tu..


Tunggu giliran untuk ambil ubat..InsyaAllah Aqil sembuh.Amin.

Monday, May 09, 2011 at 1:56 PM

0 Comments to "Aqil demam lagi"